Jumaat, 8 Ogos 2008

Mempromosi Kemahiran Menulis Melalui Teknologi Web

Sinopsis

Jurnal seorang guru: Mempromosi kemahiran menulis melalui teknologi web

.
oleh Mohamad Shalleh Bin Suja'ee
Pegawai Teknologi untuk Pendidikan
Seksyen Kajian dan Pembangunan
Bahagian Teknologi untuk Pendidikan

______________


Perkembangan teknologi telah membawa perubahan besar dalam kehidupan segenap lapisan masyarakat. Perubahan ini boleh dilihat sebagai cabaran kepada para pendidik apabila menghadapi generasi pelajar yang berbeza dengan yang sedekad sebelumnya dari segi pendedahan mereka pada penggunaan teknologi. Perkembangan teknologi akan terus berlaku dan memberikan tekanan pada institusi pendidikan untuk bukan sahaja menyediakan tenaga kerja yang berpengetahuan, malah juga memiliki keupayaan-keupayaan tertentu untuk mengharungi suasana pekerjaan berlanskapkan teknologi dalam alaf baru.

Bertitik tolak daripada ini, penyampaian ini mengetengahkan pengalaman seorang guru yang menggunakan Kajian Tindakan sebagai sebagai wadah untuk membantunya mendalami isu-isu pembelajaran masa kini dan meningkatkan keupayaannya dalam mengenal-pasti malah juga menghasilkan kaedah-kaedah pembelajaran yang kreatif dan efektif untuk menyahut cabaran ini.

Beliau akan berkongsi mengenai sebuah projek penulisan yang dijalankan dalam talian yang menghubungkan pelajar dari 5 buah kelas dari 3 buah sekolah dengan seorang penulis mapan tempatan iaitu Puan Rohani Din.






Apa yang menarik mengenai projek ini adalah ianya bukan sahaja mempelopori kaedah pengajaran yang kreatif dan efektif, malah juga meneroka isu-isu yang berkait rapat dengan pembelajaran dalam talian, membina komuniti dalam talian dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam mempersiapkan tenaga kerja yang selesa dengan suasana pekerjaan berlanskapkan teknologi dalam alaf baru.